MAKLUMAT MEMANCING LAIN?

Custom Search

Friday, 25 September 2015

Ikan Sebarau (Hampala Macrolepidota)

Ikan Sebarau (Hampala Macrolepidota)

Ikan Sebarau (Hampala Macrolepidota)

Pengenalan :

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala Macrolepidota tidak asing lagi di dalam aktiviti sukan memancing. Ikan ini boleh di katakan ikan buruan utama terutama kepada kaki “baitcasting” kerana sifatnya yang kuat melawan dan sukar untuk di tewaskan jika tidak kena pada caranya. Ikan Sebarau adalah salah satu spesies yang mendiami sungai-sungai pergunungan berarus deras dan tasik. 

Ianya hidup secara berkumpulan, namun untuk yang bersaiz gadang selalunya ianya lebih suka hidup bersendiri. Ikan Sebarau mempunyai badan yang tegap dan ekor yang berbentuk “V” memudahkan ia berenang di arus deras. Bentuk badannya sama seperti spesies ikan sungai lain seperti ikan lampam, kelah, kerai dll, namun ikan ini mempunyai saiz mulut yang besar dengan sepasang rahang yang kuat membolehkan ia tergolong dalam spesies yang memakan anak ikan, katak, udang dll. 

Ikan Sebarau dengan gewang spinnerbait

Di semenanjung Malaysia, Ikan Sebarau lazimnye memiliki satu tompok atau garisan hitam di tepi badannya, manakala di Sabah, Sarawak dan Borneo terdapat Ikan Sebarau yang mempunyai dua tompok di badannya. Ikan Sebarau boleh membesar hingga menjangkau saiz 8kg. Ikan Sebarau juga turut di komersialkan sebagai ikan hiasan.

Habitat :

Sungai pergunungan


Ikan Sebarau lazimnya mendiami sungai-sungai pergunungan yang berarus deras, namun kini Ikan Sebarau boleh di dapati di tasik dan sungai-sungai biasa. Ikan Sebarau hidup berkumpulan dan apabila tiba musim mengawan, ikan ini akan timbul berkumpulan di permukaan air “frenzy”. Mendiami kawasan berstruktur seperti kayu dan batu sambal menunggu mangsa.

Ikan Sebarau dengan gewang sesudu "spoon"

Cara Memancing :

Ikan Sebarau mudah di pancing dengan menggunakan umpan hidup seperti anak ikan dan udang. Namun lazimnya, Ikan Sebarau di pancing dengan menggunakan kaedah “baitcasting” dengan gewang selaman dalam atau cetek dan gewang permukaan seperti “pencil” dan popper. Namun penggunaan gewang jenis sesudu kilat “spoon” lebih digemari tetapi lazimnya Ikan Sebarau bersaiz kecil yang sering menyambar. 



Set pancingan untuk memburu Ikan Sebarau lazimnya adalah dari saiz ringan dan sederhana seperti joran berkekuatan 10-17lb dan kekili dari saiz 1000-3000 dengan tali sulam 10-20lb. Untuk memburu Ikan Sebarau, perkara utama yang perlu di titikberatkan terutama teknik “baitcasting” adalah dari segi matakail gewang yang digunakan. Ini kerana Ikan Sebarau memiliki sepasang rahang mulut kuat dan bersaiz besar yang boleh membengkok serta mematahkan mata kail yang di gunakan. Oleh itu, penggunaan dan pemilihan saiz dan jenis matakail yang berkualiti perlu di titikberatkan agar kita tidak berputih mata.

Ikan Sebarau dengan gewang selaman cetek

Lokasi terbaik untuk melontar gewang adalah di sekitar struktur berbatu dan kayu di belakang arus deras. Jika menggunakan “spoon”, lontar melawan arus dan karau dengan laju mengikut arus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...